Politik

Wanita UMNO 77 Tahun Kekal Nadi Perjuangan Parti – Naib Presiden UMNO

Kongsi
Wanita UMNO 77 Tahun Kekal Nadi Perjuangan Parti – Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Meniti usia 77 tahun, Wanita UMNO terus berdiri teguh sebagai nadi penting dalam perjuangan parti, khususnya dalam membela kepentingan rakyat serta memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Naib Presiden UMNO, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peranan besar pergerakan itu diperkukuh dengan semangat juang yang tidak pernah luntur, pengorbanan tidak ternilai serta kepimpinan yang sentiasa menjadi kekuatan parti.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Wanita UMNO atas segala jasa, bakti dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini.

“Teruslah melangkah dengan penuh keberanian, kesetiaan dan iltizam demi agama, bangsa dan tanah air.

“Selamat Ulang Tahun Wanita UMNO ke-77. Bersatu. Bersetia. Berkhidmat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.