KUALA LUMPUR: Tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka lebih rendah berbanding penerbangan dan sedikit lebih tinggi daripada bas, dengan harga tiket disasarkan diumumkan bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, jualan tiket pula disasarkan dibuka pada November, menjelang operasi komersial pertengahan Disember 2026.
Memetik laporan Bernama, beliau menjelaskan perkara itu dalam Taklimat ECRL kepada Pengarang Berhubung Kesiapsiagaan Operasi ECRL di ibu negara hari ini.
Baca Lagi:
Menurutnya, pengumuman tambang dijangka dibuat Kementerian Pengangkutan dengan pendekatan harga dinamik dan mampu milik.
Sementara itu, kemajuan Fasa 1 laluan Kota Bharu–Gombak mencapai 98.16 peratus setakat September lalu.
Perkhidmatan ekspres melalui Gombak, KotaSAS di Pahang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu pula dijangka mengambil masa kurang empat jam.
Harga sebenar tiket bagaimanapun masih menunggu pengumuman rasmi.-JELAIPOST