Berita

Pahang Terus Buka Peluang Rakyat Tingkat Taraf Hidup – Wan Rosdy

Kongsi
Pahang Terus Buka Peluang Rakyat Tingkat Taraf Hidup – Wan Rosdy

LANCHANG: Kerajaan Negeri Pahang terus memberi tumpuan kepada pembangunan yang membuka peluang rakyat meningkatkan taraf hidup, termasuk melalui sektor perladangan dan penyediaan kemudahan masyarakat.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sokongan terhadap usaha tersebut selaras dengan Aspirasi Pahang 1st yang mendahulukan rakyat dan mempertahankan kemakmuran negeri.

Beliau menyatakan perkara itu menerusi perkongsian mengenai lawatannya ke tapak Program Skim Tanah Rancangan (STR) di Kampung Kaung, Lanchang, pagi ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa menyokong pembangunan rakyat dalam pelbagai bidang supaya lebih banyak ruang dan peluang dapat diwujudkan untuk mereka membina kehidupan yang lebih baik.

Dalam rangka lawatan sama, Wan Rosdy turut menyempurnakan Majlis Perasmian Dewan Terbuka Kampung Sempadan dan menghadiri Kenduri Sekampung bersama penduduk.

Beliau memaklumkan dewan bernilai RM500,000 itu telah siap dibina pada 10 Mei lalu.

Wan Rosdy berharap kemudahan berkenaan dapat memberi manfaat berpanjangan sebagai tempat mengeratkan silaturahim, menyatukan penduduk dan menghidupkan aktiviti kampung.

Beliau turut melahirkan rasa gembira kerana berpeluang bersama warga Kampung Sempadan dalam majlis tersebut.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.