Berita

Lebih 5,000 Warga Rompin Sertai ‘Walk A Town With Me Pahang 1st”

Kongsi
Lebih 5,000 Warga Rompin Sertai ‘Walk A Town With Me Pahang 1st”

Foto: Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

ROMPIN – Lebih 5,000 warga Rompin membanjiri Pantai Hiburan bagi menyertai program ‘Walk A Town With Me Pahang1st’ sempena Karnival Aspirasi Pahang 1st Tahun 2026 Peringkat Daerah Rompin.

Program yang berlangsung meriah itu turut disertai Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, sekali gus membuka ruang kepada masyarakat untuk beriadah dan berinteraksi secara lebih dekat bersama kepimpinan negeri.

Wan Rosdy berkata, beliau gembira melihat sambutan luar biasa daripada warga Rompin yang hadir bersama keluarga bagi menyertai program tersebut serta pelbagai aktiviti lain yang disediakan.

“Seronok melihat suasana yang begitu meriah, dengan orang ramai datang bersama keluarga untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan, terutamanya program ‘Walk A Town With Me Pahang1st’.

“Inilah antara ruang terbaik untuk kita bertemu, bersembang dan berinteraksi secara lebih dekat dengan masyarakat serta agensi-agensi kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Program itu merupakan antara pengisian utama Karnival Aspirasi Pahang 1st Peringkat Daerah Rompin yang dianjurkan bersekali dengan Rompin Fest 2026.

Menurut Wan Rosdy, Kerajaan Negeri Pahang akan terus membawa pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam memperkukuh ekonomi setempat dan membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat.

Beliau berharap segala usaha dan perancangan kerajaan negeri terus dipermudahkan serta memberi manfaat kepada rakyat dan negeri Pahang, selaras dengan Aspirasi Pahang 1st.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.