Politik

Dua ADUN Bersatu sokong MB Pahang hingga PRN16, kukuhkan kestabilan politik Pahang

Kongsi
Dua ADUN Bersatu sokong MB Pahang hingga PRN16, kukuhkan kestabilan politik Pahang

KUANTAN – Ketika kedudukan politik Pahang berada dalam persaingan yang rapat, dua ADUN Bersatu mengambil pendirian menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hingga Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin dan ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus berkata, keputusan itu dibuat demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri serta kebajikan rakyat di kawasan masing-masing terus terpelihara.

Menerusi kenyataan bersama pada Rabu, mereka menegaskan pendirian itu telah mendapat persetujuan pucuk pimpinan Bersatu dan dicapai melalui muafakat bersama Wan Rosdy.

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi. Dalam pilihan raya lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 17 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi, menjadikan gabungan kerajaan negeri menguasai 25 kerusi.

Perikatan Nasional (PN) pula mempunyai 17 kerusi, terdiri daripada Pas sebanyak 15 kerusi dan Bersatu dua kerusi.

Sokongan dua ADUN Bersatu itu terhadap Wan Rosdy dilihat memberi isyarat penting dalam landskap politik negeri, khususnya apabila kerajaan negeri mahu memastikan agenda pembangunan dapat diteruskan tanpa gangguan politik.

Jasri dan Mohd Yazid berkata, tumpuan kini perlu diberikan kepada pembangunan, kebajikan serta kepentingan rakyat Pahang, berbanding polemik politik yang boleh menjejaskan kelangsungan pentadbiran.-JELAIPOST

Satu ulasan

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.