Berita

Townhall bersama YB Nizar, Perantau Anak Pahang Dijemput Hadir

Kongsi

KUANTAN: Anak-anak Pahang yang berada di sekitar Lembah Klang dijemput hadir memeriahkan program Townhall Rakyat Sinar bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YDH Orang Kaya Indera Shahbandar Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib.

Program anjuran Sinar Harian itu akan berlangsung pada Jumaat, 21 Ogos 2026, bermula jam 8.30 malam di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Townhall berkenaan memberi peluang kepada orang ramai, khususnya perantau anak Pahang di Lembah Klang, untuk mendengar sendiri perkongsian YB Mohamad Nizar mengenai perkembangan semasa negeri, termasuk aspek pelaburan, perindustrian, sains, teknologi dan inovasi.

Program yang dikendalikan oleh hos, Fikry Ibrahim itu terbuka kepada orang ramai.

Kehadiran anak-anak Pahang khususnya yang menetap di Selangor dan Kuala Lumpur diharap dapat memeriahkan program berkenaan, selain menjadi ruang untuk mengikuti lebih dekat hala tuju dan perkembangan pembangunan negeri Pahang. -JELAI POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *