Sukan

MB PAHANG TITIP SEMANGAT BUAT KONTINJEN PAHANG KE SUKMA SELANGOR 2026

Kongsi

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail menitipkan kata-kata semangat kepada seluruh atlet dan peserta Pahang yang bakal berjuang pada temasya SUKMA Selangor 2026.

Beliau mahu setiap atlet memberikan persembahan terbaik serta terus berjuang dengan penuh semangat demi membawa nama Pahang.

Menurutnya, menang atau kalah merupakan sebahagian daripada perjalanan dalam dunia sukan, namun perkara paling penting ialah tidak mudah mengalah dan terus memberikan yang terbaik.

Menang atau kalah, itu sebahagian daripada perjuangan. Yang penting, jangan sesekali mudah mengalah.

Tok Wan percaya setiap atlet ada kekuatan dan kemampuan tersendiri. Terus fokus, terus berusaha dan teruskan melangkah ke hadapan,” katanya menerusi Facebooknya, pada Selasa.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen Pahang dan berharap mereka mampu mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang temasya berkenaan.

All the best, anak-anak Pahang!” katanya lagi.

Suntikan semangat itu diharap dapat membakar motivasi atlet negeri untuk beraksi dengan penuh keyakinan, disiplin dan semangat kesukanan dalam usaha memburu kejayaan buat Pahang. – JELAI POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *