Berita

Pahang Johan Gema Pantun Warisan MADANI Kebangsaan 2026

Kongsi
Pahang Johan Gema Pantun Warisan MADANI Kebangsaan 2026

Foto: Tunas Cipta

MELAKA: Kontinjen Pahang mengharumkan nama negeri apabila muncul johan kategori sekolah rendah dalam Program Gema Pantun Warisan MADANI Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Melaka. 

Pahang menewaskan Sarawak di pentas akhir, manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkongsi tempat ketiga. Kemenangan itu membolehkan kontinjen Pahang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. 

Kejayaan Pahang turut diperkukuh apabila Najla Aribah Mohd Nasrul Hakim dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik kategori sekolah rendah. 

Pertandingan akhir berlangsung pada 10 September 2026 sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa 2026, manakala majlis penutup diadakan pada 11 September. Karnival itu menghimpunkan 360 peserta peringkat akhir daripada keseluruhan lebih 65,000 murid yang terlibat dalam proses pencarian bakat. 

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.