Berita

MB Pahang Lulus RM30,000 Baik Pulih Bilik Air Masjid Al-Muhajirin

Kongsi
Wan Rosdy menyerahkan sumbangan kepada wakil Masjid Al-Muhajirin, FELDA Ulu Jempol.

MARAN: Kerajaan Pahang meluluskan sumbangan RM30,000 bagi membaik pulih bilik air Masjid Al-Muhajirin, FELDA Ulu Jempol, untuk keselesaan jemaah dan kariah setempat.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, memaklumkan kelulusan itu sempena kunjungannya ke masjid berkenaan dalam siri Jelajah Aspirasi Pahang 1st Dewan Negeri (DN) Kuala Sentul.

“Itulah kelebihannya (Jelajah Aspirasi Pahang 1st) apabila kita melihat dengan sendiri (keadaan tandas) dan ianya memang wajar dibaiki.

“Saya dimaklumkan kosnya antara RM20,000 hingga RM30,000 yang diluluskan serta-merta. Dan saya harap ianya dapat disiapkan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Dalam kunjungan itu, beliau turut meluangkan masa bersama kariah dan melihat anak-anak mengikuti pembelajaran asas fardu ain, yang mengingatkannya kepada zaman kanak-kanak di Tanjung Gahai.

Wan Rosdy beramah mesra dengan kanak-kanak yang mengikuti pembelajaran agama di Masjid Al-Muhajirin.

Wan Rosdy kemudian meneruskan jelajah ke FELDA Jengka 3 untuk minum petang bersama masyarakat setempat, sekali gus mendengar cerita serta permasalahan mereka dalam suasana santai.

Menurutnya, peluang duduk semeja dan berinteraksi secara dekat dengan penduduk merupakan antara perkara yang dihargainya sepanjang siri jelajah tersebut.

“Bagi Tok Wan, Aspirasi Pahang 1st bukan sekadar agenda pembangunan, tetapi juga usaha untuk terus merapatkan hubungan dengan rakyat, memahami keperluan mereka dan memastikan suara masyarakat sentiasa diberi perhatian,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan kemajuan Pahang bergerak seiring dengan kesejahteraan rakyat.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.