Berita

‘Mat Rempit’ Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat

Kongsi
‘Mat Rempit’ Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat

KOTA BHARU: Individu yang terbabit dalam kegiatan samseng jalanan atau ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman lebih berat, termasuk penjara, menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang dijangka dikuatkuasakan mulai 1 November ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pindaan itu sudah diluluskan Parlimen dan kini menunggu proses pewartaan akhir selepas pandangan Jabatan Peguam Negara diterima.

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata pelaksanaan pada tarikh berkenaan tertakluk kepada kelancaran proses yang masih berbaki.

Menurutnya, pindaan itu akan memudahkan pegawai penyiasat mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan kesalahan berkaitan, selain memperkukuh penguatkuasaan terhadap perlumbaan haram dan aktiviti menunggang secara berbahaya.

Beliau menjelaskan, kegiatan mat rempit menjadi kebimbangan di peringkat nasional dan memerlukan tindakan penguatkuasaan secara berterusan.

Dalam pada itu, Muhammad Kifli berkata JPJ akan bekerjasama dengan polis bagi menangani kegiatan mat rempit yang berulang di kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Kerjasama berkenaan bertujuan memastikan tindakan penguatkuasaan terus diambil terhadap mereka yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.