Foto: Astro Awani
MELAKA, 22 September – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam satu sidang media khas di Kompleks Seri Negeri, hari ini.
Pembubaran tersebut sekali gus menamatkan mandat pentadbiran kerajaan negeri semasa dan menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat Melaka untuk memilih kerajaan baharu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat bagi menetapkan tarikh-tarikh penting PRN, termasuk hari penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi.
DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. Pada PRN 2021, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 21 kerusi, manakala Pakatan Harapan memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi.