Foto: Facebook Wan Rosdy Wan Ismail
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menziarahi Azlan Mat Napiah yang baru keluar hospital selepas mengalami serangan jantung.
Wan Rosdy menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau mengambil peluang menziarahi Azlan petang tadi dan bersyukur melihat keadaannya yang semakin pulih.
“Alhamdulillah nampak sihat dah,” katanya.
Menurut Wan Rosdy, Azlan sememangnya cukup dikenali sebagai antara individu yang sering menceriakan suasana di Wisma Sri Pahang.

“Azlan ni lazimnya menjadi penyeri kami di Wisma Sri Pahang,” katanya.
Beliau turut mendoakan agar Azlan terus diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih seperti sediakala.
Kunjungan itu turut memperlihatkan hubungan rapat Wan Rosdy dengan warga di Wisma Sri Pahang, selain mencerminkan keprihatinan beliau terhadap keadaan kesihatan mereka.-JELAIPOST