Berita

Berjaya Hills: Boleh Bincang, Tapi Mesti Ikut Undang-Undang – Wan Rosdy

Kongsi
Berjaya Hills: Boleh Bincang, Tapi Mesti Ikut Undang-Undang – Wan Rosdy

Oplus_16908288

TEMERLOH, 6 Oktober – Pintu perbincangan dengan Berjaya Hills Resort Bhd tetap terbuka, namun Kerajaan Pahang menegaskan sebarang penyelesaian pertikaian tanah di Bukit Tinggi, Bentong mesti berpaksikan undang-undang.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan penguatkuasaan kerajaan negeri dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Memetik laporan Pahang Media, beliau menegaskan kesediaan berbincang tetap tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.

“Kerajaan Negeri terbuka untuk perbincangan, tetapi masih berasaskan dan berpaksikan kepada undang-undang. Ikut peraturan, ikut perundangan,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Dewan Terbuka Kampung Sempadan dan Kenduri Sekampung di Lanchang, hari ini.

Pendirian itu menyusuli dakwaan Berjaya Hills bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap hartanahnya tidak munasabah dan tidak boleh diterima susulan pertikaian kenaikan cukai tanah.

Menurut laporan tersebut, cukai tanah hartanah syarikat itu meningkat kepada RM33.7 juta pada 2020 sebelum dikurangkan kepada RM25.75 juta selepas beberapa rayuan.

Dalam perkembangan berasingan, Wan Rosdy berkata Mesyuarat Majlis Tanah Negara pada 5 Oktober turut membincangkan usaha mempercepat proses pembangunan tanah.

Beliau menegaskan penyelarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan penting bagi mengelakkan kelewatan serta memastikan pembangunan untuk rakyat dapat disegerakan.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.