Berita

Wan Rosdy: Dasar Tanah Mesti Bawa Manfaat Kepada Rakyat

Kongsi
Wan Rosdy: Dasar Tanah Mesti Bawa Manfaat Kepada Rakyat

PUTRAJAYA: Kerajaan Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan dasar dan pengurusan tanah memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan negeri.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-83 menjadi platform penting untuk kedua-dua pihak menyelaras dasar dan membincangkan isu pentadbiran tanah secara menyeluruh.

Beliau menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan terus diperkukuh supaya dasar serta keputusan yang dibuat dapat diterjemahkan kepada manfaat yang lebih besar.

“Insya-Allah, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan terus diperkukuh supaya setiap dasar dan keputusan yang dibuat dapat diterjemahkan kepada manfaat yang lebih besar untuk rakyat dan pembangunan negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Bernama pada 17 November 2025 melaporkan bahawa MTN Ke-82 memberi penekanan kepada usaha memperkukuh kawal selia tanah supaya lebih inklusif, melindungi kepentingan rakyat dan responsif terhadap keperluan semasa.

Mesyuarat terdahulu itu turut menegaskan komitmen mengekalkan 50 peratus keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan, selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 bagi tempoh 2026 hingga 2030.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.