Berita

Rohingya Gen-Z Gesa Aktivis Zafar Ahmad Dibebaskan

Kongsi
Rohingya Gen-Z Gesa Aktivis Zafar Ahmad Dibebaskan

Rohingya Gen-Z menggesa pihak berkuasa Malaysia membebaskan aktivis Rohingya, Zafar Ahmad Abdul Ghani, sekiranya tiada asas undang-undang yang sah untuk meneruskan penahanannya.

Menerusi kenyataan di Facebook, kumpulan itu menyuarakan kebimbangan terhadap laporan penahanan Zafar yang dikaitkan dengan pertubuhan MERHROM di Malaysia.

Menurut kenyataan itu, Zafar dikenali dalam komuniti Rohingya kerana memperjuangkan hak, maruah dan kebajikan masyarakat berkenaan.

Kumpulan tersebut menegaskan bahawa sebarang dakwaan terhadapnya perlu ditangani melalui proses undang-undang yang adil dan telus, dengan menghormati hak serta perlindungan individu terbabit.

Katanya, dakwaan perlu dibuktikan melalui proses sewajarnya dan bukannya menerusi tuduhan terbuka atau spekulasi.

Rohingya Gen-Z turut meminta pihak berkuasa memastikan Zafar mendapat akses kepada khidmat guaman serta segala perlindungan yang diperuntukkan undang-undang.

Dalam kenyataan sama, kumpulan itu menyuarakan kebimbangan terhadap laporan bahawa Zafar dan keluarganya berdepan tuduhan serta serangan dalam talian sejak beberapa tahun lalu.

Sehubungan itu, mereka menyeru masyarakat Rohingya dan rakyat Malaysia supaya menjaga sikap, menghormati pihak terlibat dan mengelakkan spekulasi.

Kenyataan berkenaan tidak memperincikan sebab, tarikh atau pihak yang dilaporkan menahan Zafar.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.