Berita

Hasil RM1 Bilion Dikembalikan Kepada Rakyat – Wan Rosdy

Kongsi
Hasil RM1 Bilion Dikembalikan Kepada Rakyat – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan Pahang yang semakin kukuh membolehkan lebih banyak hasil negeri dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan kebajikan, pendidikan dan keperluan asas.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri berjaya mencatat kutipan hasil melebihi RM1 bilion bagi lima tahun berturut-turut sejak 2022 hasil usaha meningkatkan pendapatan serta menangani ketirisan, kebocoran dan aktiviti haram.

Menurut beliau, kedudukan kewangan yang baik penting bagi memastikan kerajaan mempunyai kemampuan untuk terus membantu rakyat dan melaksanakan agenda pembangunan negeri.

Usaha meningkatkan hasil turut melibatkan tindakan terhadap pembalakan haram, pencurian pasir dan mineral serta penerokaan tanah tanpa kebenaran.

Kerajaan Negeri juga memperkukuh penguatkuasaan menerusi penubuhan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) yang mempunyai 200 anggota terlatih untuk menangani pencerobohan serta aktiviti haram.

Wan Rosdy berkata demikian dalam Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil yang diperoleh kerajaan seterusnya disalurkan semula kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif termasuk perumahan, pendidikan, bantuan makanan dan kebajikan.

Antaranya termasuk Rumah Rakyat Pahang yang diberikan secara percuma kepada penerima layak, bantuan RM400 kepada mahasiswa serta pelbagai bantuan berkala untuk rakyat yang berdepan masalah kesihatan, kematian, kerosakan rumah dan bencana.

Prestasi ekonomi negeri turut menunjukkan perkembangan apabila nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pahang mencecah RM71 bilion pada 2025.- JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.