Berita

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Dan Menteri Besar Zahir Takziah Atas Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Kongsi
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Dan Menteri Besar Zahir Takziah Atas Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

KUANTAN, 28 September – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menurut kenyataan Kesultanan Pahang, Paduka Baginda berdua turut berdukacita atas pemergian Allahyarhamah dan berharap keluarganya dikurniakan ketabahan serta kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, turut merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir dan seluruh keluarga.

Paduka Baginda berdua serta Wan Rosdy mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.

Allahyarhamah dilaporkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. -JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.