Berita

Maahad Tahfiz Negeri Pahang Rangkul Pingat Emas Inovasi GeoSTEM-i Antarabangsa 2026

Kongsi
Maahad Tahfiz Negeri Pahang Rangkul Pingat Emas Inovasi GeoSTEM-i Antarabangsa 2026

KUANTAN – Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) mencatat kejayaan membanggakan apabila pasukan GENESIS merangkul pingat emas dalam Pertandingan Inovasi GeoSTEM-i Peringkat Antarabangsa 2026.

Pertandingan itu berlangsung di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 21 hingga 22 Ogos lalu.

Pasukan GENESIS mempertandingkan projek Global Environmental Nexus for Experiential Sustainable Intelligent System (GENESIS), hasil komitmen, kreativiti dan kerjasama pelajar dalam membangunkan inovasi berteraskan kelestarian.

Lima pelajar yang terlibat ialah Raihanah Hafizah, Najla’ Khalidah, Nur Aryssa Amani, Muhammad Al-Iffat Zulfikar dan Damin Mohd Mazri.

Projek berkenaan diselia oleh Ainul Rasyidah Abdul Rahim dan Aliyah Jamalludin.

“MTNP berharap kejayaan itu menjadi inspirasi kepada seluruh pelajarnya untuk terus meneroka idea baharu, mengembangkan potensi diri serta mengharumkan nama institusi di peringkat lebih tinggi,” kata MTNP menerusi kenyataan Facebooknya, pada Ahad,-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.