KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kutipan Tabung Solidariti Najib Razak kini mencecah RM9.25 juta, menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau memaklumkan jumlah itu direkodkan setakat jam 10 pagi tadi, sembilan hari selepas UMNO melancarkan tabung berkenaan bagi membantu bekas Perdana Menteri itu membayar denda RM50 juta.
Tabung tersebut diwujudkan susulan keputusan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan rumah, tertakluk kepada pembayaran denda berkenaan.
Sejak dilancarkan pada 18 September, sumbangan daripada ahli dan penyokong UMNO serta orang ramai terus diterima. Dalam tempoh tiga jam pertama sahaja, tabung itu mengumpul RM634,562.02 sebelum jumlahnya melepasi RM1 juta pada keesokan pagi.
Dengan kutipan RM9.25 juta setakat pagi ini, tabung berkenaan telah mengumpul hampir satu perlima daripada jumlah denda RM50 juta itu.-JELAIPOST