Berita

RM170.61 JUTA PROJEK PEMBANGUNAN DI DUN CHEKA

Kongsi
RM170.61 JUTA PROJEK PEMBANGUNAN DI DUN CHEKA

CHEKA – Pelbagai projek pembangunan bernilai keseluruhan RM170.61 juta sedang dirancang dan dilaksanakan di DUN Cheka bagi menambah baik kemudahan asas penduduk.

Penyelaras DUN Cheka, Khairul Nizam bin Dato’ Abu Dahari berkata, antara projek utama ialah pembinaan jalan dan jambatan Kampung Binjai bernilai RM63 juta, naik taraf Loji Rawatan Air Mela Fasa II (RM49 juta) serta Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Jelai Fasa 1 (RM34.5 juta).

Projek lain ialah jambatan konkrit Kampung Pagar bernilai RM8.69 juta, jambatan Kampung Tementong (RM6.19 juta), penggantian paip air sepanjang 13.5 kilometer dari Loji Air Mela ke SK Kerambit (RM5 juta) dan jambatan konkrit Eco Rimba Kenong (RM4.23 juta).

Menurut beliau, Inisiatif Makmur Pahang (IMP) bernilai RM84.59 juta turut dibentangkan, dengan tumpuan kepada empat kluster iaitu Pelajar, B40, Masyarakat Umum dan Agama.

Beliau berharap semua projek berkenaan berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual demi manfaat penduduk DUN Cheka.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.