Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Empat Negeri, KL dan Putrajaya

Kongsi

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melibatkan beberapa kawasan di empat negeri dan Wilayah Persekutuan sehingga tengah hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran sehingga jam 12 tengah hari itu melibatkan Kuala Muda dan Yan di Kedah, seluruh Pulau Pinang serta Bagan Datuk di Perak.

Di Selangor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Gombak.

Amaran sama turut membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, beberapa kawasan di Perak pula berdepan cuaca buruk sehingga jam 1 tengah hari.

Kawasan berkenaan melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah serta Hilir Perak.

Orang ramai terutama yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan berwaspada terhadap perubahan cuaca dan mengikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan MetMalaysia, memetik laporan BERNAMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *