Setempat

Pesara Rugi Lebih RM1.4 Juta Ditipu Sindiket Panggilan Telefon

Kongsi
Datuk Azrky Akmar Ayob

Datuk Azrky Akmar Ayob

KUANTAN – Seorang pesara syarikat minyak dan gas kerugian RM1.417 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan telefon dalam tempoh hampir empat bulan sejak Mei lalu.

Memetik BERNAMA, Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, lelaki berusia 66 tahun itu menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Menurut beliau, mangsa kemudian diarahkan membuka akaun bank baharu dan memindahkan wang simpanannya ke akaun tersebut kononnya bagi tujuan semakan pihak berkuasa.

Mangsa juga dipercayai menyerahkan kad bank serta nombor PIN kepada seorang lelaki yang datang menemuinya di kawasan perumahan.

Wang berjumlah RM1,417,210 itu melibatkan simpanan daripada KWSP, Amanah Saham, Tabung Haji dan hasil gadaian emas. Mangsa kemudian menyedari wang berkenaan telah dipindahkan ke enam akaun berbeza serta dikeluarkan melalui mesin ATM tanpa pengetahuannya.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melayan panggilan mencurigakan, tidak menyerahkan kad bank atau nombor PIN kepada sesiapa, serta membuat semakan nombor akaun melalui portal Semak Mule sebelum sebarang transaksi.

Mangsa penipuan boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.