Berita

Pengalaman Bekas Wakil Rakyat Tetap Berharga – Wan Rosdy

Kongsi
Pengalaman Bekas Wakil Rakyat Tetap Berharga – Wan Rosdy

KUANTAN: Pengalaman dan khidmat bakti bekas wakil rakyat tetap bernilai dalam memberikan panduan kepada generasi kepimpinan hari ini dan akan datang.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) mempunyai banyak ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsi meskipun ahli-ahlinya tidak lagi berada di pentas politik.

“Walaupun sudah tidak lagi berada di pentas politik, pengalaman dan khidmat bakti MUBARAK tetap mempunyai nilai yang besar.

“Banyak ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsi untuk menjadi panduan kepada generasi kepimpinan hari ini dan akan datang,” katanya.

Beliau berkongsi perkara itu selepas menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MUBARAK Malaysia Kali Ke-23 Tahun 2026 di Kuantan, malam tadi.

Dalam majlis berkenaan, Wan Rosdy turut menekankan kepentingan kestabilan politik bagi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.

Beliau berkata kestabilan politik yang dinikmati Pahang membolehkan kerajaan negeri meneruskan pelbagai bantuan dan inisiatif untuk rakyat, selain memberi keyakinan kepada pelabur.

Wan Rosdy turut mengalu-alukan kehadiran peserta ke Pahang Darul Makmur serta merakamkan penghargaan kepada MUBARAK kerana memilih negeri ini sebagai tuan rumah.

Beliau berharap perhimpunan tersebut berjalan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.