Politik

“Dengarlah suara kami, guru! Dengarlah suara rakyat, wahai guru!” – Zahid

Kongsi
“Dengarlah suara kami, guru! Dengarlah suara rakyat, wahai guru!” – Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan supaya mendengar suara rakyat dan tidak membiarkan keresahan, kegelisahan serta kekeliruan berlarutan.

Ahmad Zahid menggunakan panggilan “guru” tanpa menamakan individu yang dimaksudkan.

“Dengarlah suara kami, guru! Dengarlah suara rakyat, wahai guru!”

“teguran itu bukan bertujuan mencetuskan provokasi, sebaliknya bagi memastikan suara rakyat diberi perhatian.”
beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa suara yang dibawanya bukan hanya suara UMNO, tetapi turut merangkumi parti-parti dalam Barisan Nasional (BN), ahli dan kepimpinan PAS serta rakyat.

Pendirian itu menunjukkan UMNO mahu terus memainkan peranan dalam Kerajaan Perpaduan tanpa mengetepikan identiti dan pendirian politiknya.

PAU 2026 berlangsung dari 9 hingga 12 September dengan penyertaan 6,401 perwakilan rasmi dari seluruh negara.

Program itu dimulakan dengan Majlis Penerangan dan Taklimat Presiden, diikuti persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebelum acara kemuncak yang merangkumi upacara menaikkan Sang Saka Bangsa, Majlis Perasmian dan Ucapan Dasar Presiden.

Perhimpunan kali ini berlangsung ketika UMNO dan BN memperhebat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ahmad Zahid sebelum ini menyatakan bahawa sudah tiba masanya PRU16 diadakan dan UMNO-BN diberikan peluang mendapatkan semula mandat rakyat.

Teguran terhadap kerajaan itu turut membawa mesej politik menjelang PRU16 bahawa UMNO mahu dilihat sebagai parti yang mampu bekerjasama dalam kerajaan, namun tetap bersedia menyuarakan pendirian berkaitan kepentingan rakyat.

Bersama dalam kerajaan tidak bermakna UMNO mesti membisu, katanya lagi.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.