Politik

Tok Wan Dinobat Tokoh Penerangan UMNO

Kongsi
Tok Wan Dinobat Tokoh Penerangan UMNO

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menerima Anugerah Tokoh Penerangan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen beliau dalam memperkukuh gerak kerja penerangan parti.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden UMNO Malaysia pada Majlis Apresiasi Penerangan Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Pengiktirafan itu turut mencerminkan keupayaan Wan Rosdy dalam membawa naratif parti secara tersusun dan berkesan, selain memastikan dasar serta perjuangan UMNO dapat difahami oleh rakyat.

Berbekalkan pengalaman luas dalam pentadbiran dan politik, beliau terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh komunikasi parti serta mendekati rakyat melalui pendekatan penerangan yang lebih strategik dan berfakta.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.