Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Pahang
SEPANG: Seramai 57 pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Negeri Pahang berangkat ke Mesir bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, pada Ahad.
Keberangkatan mereka membuktikan komitmen Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membantu anak-anak negeri melanjutkan pengajian Islam ke peringkat lebih tinggi, khususnya di institusi pendidikan terkemuka dunia itu.
Rombongan berkenaan turut disertai enam guru pengiring serta Timbalan Pengarah JAIP, YH Dato’ Haji Abdul Zaki Md Zain bagi memastikan urusan perjalanan dan kebajikan para pelajar berjalan lancar.

Pengajian di Universiti Al-Azhar diharap dapat memperkukuh penguasaan ilmu agama dalam kalangan pelajar, sekali gus melahirkan lebih ramai ilmuwan dan agamawan berpendidikan tinggi.
Mereka juga diharapkan dapat kembali mencurahkan ilmu serta berbakti kepada agama, masyarakat dan Negeri Pahang selepas menamatkan pengajian kelak.
JAIP turut mendoakan agar perjalanan kesemua pelajar dipermudahkan serta mereka diberikan kekuatan, kesungguhan dan kejayaan sepanjang menuntut ilmu di bumi Mesir.-JELAIPOST