Berita

Kelas Mengaji Percuma Di 42 DUN Bermula November

Kongsi
Poster Program Balai Ngaji Pahang 1st yang menawarkan kelas mengaji percuma bermula November 2026.

KUANTAN: Kelas mengaji al-Quran percuma menerusi Balai Ngaji Pahang 1st akan bermula pada November 2026 di 42 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Pahang.

Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas yang mahu mempelajari serta memperbaiki bacaan al-Quran.

Berdasarkan hebahan program berkenaan, tiada bayaran dikenakan kepada peserta yang mengikuti kelas tersebut.

Orang ramai dialu-alukan memanfaatkan peluang itu untuk mendalami bacaan al-Quran, di samping bersama-sama mengimarahkan budaya membaca kitab suci berkenaan dalam masyarakat.

Poster kelas mengaji percuma Balai Ngaji Pahang 1st di 42 DUN bermula November 2026, dengan kod QR pendaftaran.

Pendaftaran kini dibuka dan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster hebahan Balai Ngaji Pahang 1st.

Program itu membawa tema “Mengaji bersama, membina generasi celik al-Quran”.-JELAIPOST

2 ulasan

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.