Politik

RoS Batalkan Pendaftaran PN

Kongsi
Bendera biru Perikatan Nasional dengan tulisan putih.

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

JPPM dalam kenyataan pada 20 Oktober memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen serta penjelasan yang diterima daripada PN pada 12 Oktober lalu.

Menurut jabatan itu, alasan dikemukakan juga tidak memberikan justifikasi kukuh untuk mengekalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan.

“Sehubungan itu, Pendaftar Pertubuhan telah membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum keputusan itu dibuat, JPPM telah mengeluarkan notis bertarikh 22 September 2026 kepada PN di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832].

Notis berkenaan memberikan peluang kepada gabungan itu untuk mengemukakan penjelasan dan representasi berhubung perkara yang dinyatakan, sebelum maklum balas diterima pada 12 Oktober.

Dalam kenyataan sama, JPPM menegaskan setiap pertubuhan berdaftar bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan pertubuhan masing-masing.

Jabatan itu turut menegaskan komitmen meneruskan fungsi kawal selia dan penguatkuasaan secara tegas, adil serta berlandaskan undang-undang bagi memastikan tadbir urus pertubuhan yang teratur, telus dan berintegriti.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.