KUALA LUMPUR, 28 September – Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.20 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang tertera atas nama Berita RTM. Setakat ini, butiran lanjut mengenai urusan jenazah belum diperoleh.
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu berusia 100 tahun. Beliau merupakan seorang doktor yang turut aktif dalam usaha kesihatan dan kebajikan masyarakat.