Berita

Kemerdekaan bukan sekadar kibarkan Jalur Gemilang — MB Pahang

Kongsi
Kemerdekaan bukan sekadar kibarkan Jalur Gemilang — MB Pahang

KUANTAN, 27 Ogos — Rakyat Pahang diseru menghayati erti sebenar kemerdekaan dengan memelihara keamanan, mempertahankan perpaduan serta menghormati Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sambutan Bulan Kebangsaan harus menjadi medan untuk rakyat mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu dalam mencapai kemerdekaan negara.

Beliau berkata, kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang atau menyertai sambutan dan perarakan, sebaliknya menuntut tanggungjawab bersama dalam menjaga keharmonian negara.

“Kemerdekaan adalah tentang tanggungjawab kita menjaga keamanan, mempertahankan perpaduan, menghormati Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara, memelihara institusi Raja-Raja Melayu serta memastikan negara ini terus dibina dengan semangat kebersamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-15, di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Wan Rosdy berkata, amanah rakyat hari ini adalah memastikan generasi muda membesar dalam negara yang aman, menerima pendidikan berkualiti dan mempunyai masa depan yang cerah.

Menurutnya, usaha itu juga penting bagi memastikan anak-anak mewarisi negeri yang lebih maju, makmur dan sejahtera menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-69 serta Hari Malaysia.-JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.