Politik

BN Sasar Perluas ‘Gelombang Biru’ Ke Seluruh Negara

Kongsi
BN Sasar Perluas ‘Gelombang Biru’ Ke Seluruh Negara

Foto: UMNO Online

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mahu menjadikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan sebagai asas memperluas ‘Gelombang Biru’ ke seluruh negara menjelang PRU16.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan itu tidak boleh sekadar diraikan, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada keyakinan rakyat melalui prestasi, strategi dan kekuatan jentera.

“Dengan kekuatan jentera, pengalaman, akar umbi dan keupayaan membina persefahaman, BN mempunyai asas untuk mencipta ‘game changer’ yang baharu.

“Bukan sekadar mengekalkan momentum, tetapi memperluaskan Gelombang Biru menjadi keyakinan nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada BN Forum Ke-11 bertajuk Pasca PRN Johor dan Negeri Sembilan: Dinamika Baharu Politik Malaysia? di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn, malam tadi.

BN memenangi 48 daripada 56 kerusi di Johor, manakala persefahaman BN dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan memperoleh 25 daripada 36 kerusi.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengingatkan bahawa keputusan kedua-dua PRN itu tidak boleh dianggap sebagai gambaran mutlak keputusan PRU16 kerana corak pengundian setiap negeri adalah berbeza.

Menurutnya, momentum politik tidak akan kekal dengan sendiri, sebaliknya perlu dipertahankan melalui prestasi, kestabilan serta keupayaan menyelesaikan masalah rakyat. –JELAIPOST

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.