{"id":1239,"date":"2026-10-16T06:44:33","date_gmt":"2026-10-16T06:44:33","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=1239"},"modified":"2026-10-16T07:15:15","modified_gmt":"2026-10-16T07:15:15","slug":"pahang-catat-rm421-juta-pelaburan-komited","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/pahang-catat-rm421-juta-pelaburan-komited\/","title":{"rendered":"Pahang Catat RM421 Juta Pelaburan Komited"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA LUMPUR: Pahang mencatat pelaburan komited bernilai RM421 juta menerusi 12 pertukaran dokumen sempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Besar Pahang, YAB Dato\u2019 Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, komitmen itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi ekonomi negeri, ketika kerajaan negeri terus memperluas peluang dalam sektor strategik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kejayaan menarik pelaburan perlu diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, pembangunan usahawan tempatan dan peningkatan kemahiran anak Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBagi saya, kejayaan pelaburan bukan sekadar diukur melalui nilai modal yang dibawa masuk, tetapi juga berdasarkan peluang pekerjaan, pembangunan usahawan tempatan dan peningkatan kemahiran anak-anak Pahang,\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIa mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi ekonomi negeri, ketika kerajaan negeri terus memperluas peluang dalam sektor strategik.katanya menerusi kenyataan di Facebook, pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/jelaipost.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/IMG_9930-1024x683.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1241\" srcset=\"https:\/\/jelaipost.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/IMG_9930-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/jelaipost.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/IMG_9930-300x200.jpeg 300w, https:\/\/jelaipost.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/IMG_9930-768x512.jpeg 768w, https:\/\/jelaipost.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/IMG_9930-1536x1025.jpeg 1536w, https:\/\/jelaipost.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/IMG_9930.jpeg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau yang menghadiri SIBS 2026 berkata, antara bidang yang diberi tumpuan ialah pembangunan Pahang Barat, industri aeroangkasa melalui Pahang Aerospace City (PAC), teknologi digital, pusat data dan kenderaan elektrik (EV).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut diteroka ialah peluang dalam sektor pelancongan serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kerajaan negeri turut memperkukuh kerjasama awam-swasta bagi memastikan potensi pelaburan dapat dibangunkan sebagai projek berdaya maju dan memberi manfaat kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cInsya-Allah, melalui Aspirasi Pahang 1st, kita akan terus berusaha menarik pelaburan berkualiti demi memacu pertumbuhan ekonomi, menjamin kesejahteraan rakyat dan memastikan pembangunan negeri yang mampan,\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBidang yang diberi tumpuan ialah pembangunan Pahang Barat, industri aeroangkasa melalui Pahang Aerospace City (PAC), teknologi digital, pusat data dan kenderaan elektrik (EV), katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penyertaan Pahang di SIBS tahun ini merupakan kali keempat, dengan Invest Pahang mempromosikan peluang pelaburan termasuk pembangunan bandar aeroangkasa serta kawasan komersial dan industri di sekitar stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menerusi Pavilion Invest Pahang, kerajaan negeri mengetengahkan lapan kluster pelaburan strategik yang turut merangkumi sektor pembuatan, industri halal, kehidupan pintar dan ekosistem syarikat pemula.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SIBS 2026 berlangsung dari 14 hingga 17 Oktober dan menghimpunkan pelabur, pemain industri serta wakil kerajaan dari dalam dan luar negara. Program anjuran Invest Selangor Berhad yang memasuki edisi ke-10 itu menjadi platform untuk meneroka peluang perdagangan, pelaburan dan kerjasama di pasaran ASEAN.&nbsp;-JELAIPOST<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pahang mencatat pelaburan komited bernilai RM421 juta menerusi 12 pertukaran dokumen sempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2026 di Pusat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1240,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[75,76,39,72,378,79,52],"class_list":["post-1239","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","tag-aspirasipahang1st","tag-majuteruspahang","tag-pahang","tag-pahang1st","tag-selangor-international-business-summit-sibs-2026","tag-tokwan","tag-wanrosdy"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1239","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1239"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1239\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1244,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1239\/revisions\/1244"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1240"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1239"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1239"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1239"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}