{"id":393,"date":"2026-09-06T11:46:54","date_gmt":"2026-09-06T11:46:54","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=393"},"modified":"2026-09-06T11:47:24","modified_gmt":"2026-09-06T11:47:24","slug":"rm17-5-juta-perkukuh-kebajikan-kesihatan-rakyat-pahang-tahun-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/rm17-5-juta-perkukuh-kebajikan-kesihatan-rakyat-pahang-tahun-ini\/","title":{"rendered":"RM17.5 Juta Perkukuh Kebajikan Kesihatan Rakyat Pahang Tahun Ini"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Foto: Facebook Wan Rosdy Wan Ismail<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA LIPIS: Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sekurang-kurangnya RM17.5 juta tahun ini bagi membantu rakyat mendapatkan rawatan kesihatan, khususnya warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesara tentera dan polis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak RM16 juta disediakan menerusi Kad Kesihatan Kasih Makmur bagi menawarkan rawatan percuma di klinik swasta kepada kumpulan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, kerajaan negeri menyediakan RM1.5 juta bagi meneruskan Program Subsidi Pembedahan Katarak Warga Emas yang dijangka memberi manfaat kepada tambahan 1,020 pesakit sepanjang tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, program tersebut telah membantu seramai 1,509 pesakit sejak 2024 menerusi peruntukan berjumlah RM2.5 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cApa yang kita mampu, kita buat. Kita tidak mahu kesihatan hanya menjadi urusan hospital, sebaliknya ia perlu menjadi budaya dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau kita mahu Pahang terus maju, rakyat kita juga mesti sihat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika berucap pada <strong>Majlis Apresiasi Pahang 1st Kepada Petugas Kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Tahun 2026<\/strong> di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Majlis anjuran Kerajaan Negeri Pahang itu diadakan khusus sebagai tanda penghargaan kepada 11,870 petugas kesihatan yang berkhidmat di seluruh negeri.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia melibatkan doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai pergigian, pembantu perawatan kesihatan, pemandu ambulans serta seluruh warga kerja kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wan Rosdy berkata, penghargaan itu amat bermakna terutama kepada petugas yang bekerja di kawasan pedalaman dan terpaksa menempuh perjalanan jauh, meredah hutan serta menyeberangi sungai untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kemajuan ekonomi negeri perlu diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pahang mencecah RM71 bilion pada 2025 berbanding RM68.8 bilion pada tahun sebelumnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pahang turut menarik pelaburan berimpak tinggi berjumlah RM18.04 bilion, manakala kutipan hasil kerajaan negeri berjaya melepasi RM1 bilion selama empat tahun berturut-turut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAngka-angka ini bukan matlamat terakhir. Yang penting, kemajuan itu dapat dirasai rakyat dan mereka hanya dapat menikmatinya dengan sebaik-baiknya apabila berada dalam keadaan sihat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan negeri turut melaksanakan beberapa program kesihatan, antaranya:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Program Subsidi Pembedahan Katarak Warga Emas<\/li>\n\n\n\n<li>Kad Kesihatan Kasih Makmur<\/li>\n\n\n\n<li>Komuniti Bebas Denggi (KomBeD)<\/li>\n\n\n\n<li>KOSPEN bagi saringan awal penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis<\/li>\n\n\n\n<li>Kempen Moh Kita Celik Ubat dan Tolak Ubat Tidak Sah<\/li>\n\n\n\n<li>Program Desa-Q Sihat<\/li>\n\n\n\n<li>Program Pemfluoridaan Bekalan Air Awam<\/li>\n\n\n\n<li>Program Destinasi Makan-Makan Selamat Negeri Pahang<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, Pahang kini mempunyai 12 hospital kerajaan, 95 Klinik Kesihatan, 231 Klinik Desa dan 66 Klinik Pergigian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPahang mahu terus maju, tetapi kemajuan sebenar ialah apabila rakyat dapat hidup lebih sihat, selamat dan sejahtera.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cItulah semangat Pahang 1st. Rakyat didahulukan, kebajikan rakyat dijaga dan tiada siapa yang kita tinggalkan,\u201d katanya.-JELAIPOST<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Foto: Facebook Wan Rosdy Wan Ismail KUALA LIPIS: Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sekurang-kurangnya RM17.5 juta tahun ini bagi membantu rakyat mendapatkan rawatan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":394,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[75,76,39,72,79,52],"class_list":["post-393","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","tag-aspirasipahang1st","tag-majuteruspahang","tag-pahang","tag-pahang1st","tag-tokwan","tag-wanrosdy"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/393","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=393"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/393\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":395,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/393\/revisions\/395"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=393"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=393"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=393"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}