{"id":943,"date":"2026-10-07T03:03:44","date_gmt":"2026-10-07T03:03:44","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=943"},"modified":"2026-10-07T03:13:55","modified_gmt":"2026-10-07T03:13:55","slug":"pahang-go-raih-anugerah-opengov-asia-wan-rosdy-mahu-perkhidmatan-digital-terus-diperkasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/pahang-go-raih-anugerah-opengov-asia-wan-rosdy-mahu-perkhidmatan-digital-terus-diperkasa\/","title":{"rendered":"Pahang Go Raih Anugerah OpenGov Asia, Wan Rosdy Mahu Perkhidmatan Digital Terus Diperkasa"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUANTAN: Pahang Go menerima OpenGov Asia Recognition of Excellence Award 2026, sekali gus mengiktiraf usahanya memacu transformasi digital dan memudahkan urusan rakyat Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Besar Pahang, YAB Dato\u2019 Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengiktirafan itu menghargai pencapaian Pahang Go dalam menyediakan perkhidmatan digital yang lebih inovatif, mudah diakses dan efisien.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anugerah berkenaan diterima sempena 11th Annual Malaysia OpenGov CXO Leadership Forum di Sofitel Kuala Lumpur Damansara pada 6 Oktober, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKejayaan ini membuktikan bahawa pendigitalan bukan sekadar soal teknologi, tetapi bagaimana teknologi dimanfaatkan untuk memudahkan urusan rakyat dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri,\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Syabas dan tahniah kepada Pahang Go atas kejayaan berkenaan, katanya dalam satu kenyataan Facebooknya, pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berharap pengiktirafan itu menjadi pemangkin untuk Pahang Go terus memperkasa inovasi serta menghadirkan perkhidmatan yang lebih pantas, mudah dan mesra rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTahniah Pahang Go! Teruskan kecemerlangan dan teruskan mendahulukan rakyat,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Forum tahunan anjuran OpenGov Asia itu menghimpunkan pemimpin sektor awam, pembuat dasar dan peneraju teknologi bagi membincangkan perkembangan serta hala tuju pendigitalan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Edisi ke-11 memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI), teknologi awan, keselamatan siber, analisis data dan transformasi digital. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penerima Recognition of Excellence Awards pula dinilai oleh panel pakar digital berdasarkan enam aspek utama, iaitu inovasi, penggunaan teknologi, fleksibiliti dan ketangkasan, transformasi, keterangkuman serta wawasan masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengiktirafan itu memberi perhatian kepada inisiatif berasaskan teknologi yang direka untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat atau pelanggan.-JELAIPOST<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN: Pahang Go menerima OpenGov Asia Recognition of Excellence Award 2026, sekali gus mengiktiraf usahanya memacu transformasi digital dan memudahkan urusan rakyat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":945,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[75,76,294,39,293,72,79,52],"class_list":["post-943","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","tag-aspirasipahang1st","tag-majuteruspahang","tag-opengov-asia-2026","tag-pahang","tag-pahang-go","tag-pahang1st","tag-tokwan","tag-wanrosdy"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/943","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=943"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/943\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":950,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/943\/revisions\/950"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/945"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=943"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=943"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=943"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}