{"id":74,"date":"2026-08-18T08:16:40","date_gmt":"2026-08-18T08:16:40","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=74"},"modified":"2026-08-18T08:18:53","modified_gmt":"2026-08-18T08:18:53","slug":"isu-tanah-orang-asli-jangan-sewenang-wenangnya-guna-istilah-tanah-adat-sultan-pahang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/isu-tanah-orang-asli-jangan-sewenang-wenangnya-guna-istilah-tanah-adat-sultan-pahang\/","title":{"rendered":"Isu Tanah Orang Asli: Jangan Sewenang-wenangnya Guna Istilah \u2018Tanah Adat\u2019 \u2013 Sultan Pahang"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>ROMPIN:<\/strong> Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan istilah <strong>\u2018Tanah Adat\u2019<\/strong> ketika memperkatakan hak tanah masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baginda bertitah, perkara itu perlu diperjelaskan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Orang Asli, khususnya berkaitan status dan hak terhadap sesuatu kawasan yang diduduki atau digunakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Baginda, istilah yang diperuntukkan secara khusus di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) ialah <strong>\u2018Kawasan Orang Asli\u2019<\/strong> di bawah Seksyen 6 dan <strong>\u2018Rizab Orang Asli\u2019<\/strong> di bawah Seksyen 7.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIa boleh diisytiharkan oleh pihak berkuasa negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cOleh itu, janganlah kita sewenang-wenangnya menggunakan istilah \u2018Tanah Adat\u2019 seolah-olah setiap kawasan yang pernah diduduki, dimasuki atau digunakan secara automatik menjadi hak,\u201d titah Baginda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baginda bertitah demikian ketika merasmikan <strong>Program Kenduri Rakyat Sempena Hari Orang Asli Tahun 2026<\/strong> di Kampung Orang Asli Sungai Mok, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut mengiringi Baginda ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail serta ketua-ketua jabatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Al-Sultan Abdullah bertitah, Kerajaan Negeri tidak pernah berniat menafikan hak masyarakat Orang Asli, sebaliknya hak serta kebajikan mereka perlu dihormati, dipelihara dan dilindungi berlandaskan Perlembagaan serta undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cNamun, hak mestilah berjalan bersama undang-undang. Di bawah Akta 134, pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa untuk memberikan hak menduduki tanah tertentu dalam Kawasan Orang Asli atau Rizab Orang Asli,\u201d titah Baginda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, Baginda menitahkan supaya proses pengukuran, persempadanan dan pewartaan kawasan Orang Asli dipercepatkan bagi memastikan kawasan yang diperuntukkan kepada masyarakat berkenaan benar-benar terpelihara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baginda bertitah, penetapan sempadan yang jelas juga penting bagi mengelakkan pertindihan serta tuntutan tanpa batas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSempadan yang jelas juga penting supaya kawasan yang diperuntukkan kepada Orang Asli benar-benar terpelihara dan pada masa sama mengelakkan pertindihan serta tuntutan tanpa batas,\u201d titah Baginda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas status tanah masyarakat Orang Asli di Pahang, Baginda memaklumkan daripada keseluruhan <strong>264 Kampung Orang Asli (KOA)<\/strong> di negeri ini, sebanyak <strong>30 KOA telah selesai diwartakan<\/strong>, manakala <strong>16 KOA telah diberikan hak milik tanah<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini menjadikan sebanyak <strong>46 KOA mempunyai penyelesaian status tanah<\/strong>, manakala <strong>218 KOA lagi masih berbaki<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baginda mahu baki tersebut diperhalusi dengan mengenal pasti setiap masalah serta halangan yang menyebabkan proses penyelesaian status tanah masih belum dapat diselesaikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya mahu perkara ini diperhalusi. Jika ada masalah, nyatakan masalahnya. Jika ada halangan undang-undang, cari kaedah penyelesaiannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJangan dibiarkan Orang Asli menunggu tanpa kepastian,\u201d titah Baginda.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ROMPIN: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mengingatkan semua pihak&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":75,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[46,39,47,45,10],"class_list":["post-74","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-setempat","tag-orang-asli","tag-pahang","tag-sultan-pahang","tag-tanah-adat","tag-wan-rosdy"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/74","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=74"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/74\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":76,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/74\/revisions\/76"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/75"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=74"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=74"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=74"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}