{"id":659,"date":"2026-09-26T15:48:43","date_gmt":"2026-09-26T15:48:43","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=659"},"modified":"2026-09-26T15:48:44","modified_gmt":"2026-09-26T15:48:44","slug":"pahang-mahu-syarikat-antarabangsa-buka-peluang-kerja-untuk-anak-tempatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/pahang-mahu-syarikat-antarabangsa-buka-peluang-kerja-untuk-anak-tempatan\/","title":{"rendered":"PAHANG MAHU SYARIKAT ANTARABANGSA BUKA PELUANG KERJA UNTUK ANAK TEMPATAN"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUANTAN, 26 September \u2013 Kerajaan Negeri Pahang mahu lebih banyak syarikat antarabangsa dan multinasional yang beroperasi atau bakal melabur di negeri ini menyertai Karnival Kerjaya Pahang 1st pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dato\u2019 Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, penyertaan syarikat terbabit dapat membuka peluang kepada anak Pahang untuk bekerja dalam industri bertaraf antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, ia juga memberi pendedahan kepada teknologi, sistem kerja dan standard industri yang lebih tinggi, selain membantu institusi TVET menyesuaikan latihan dengan keperluan sebenar majikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cApabila sesuatu pelaburan dibawa masuk ke Pahang, kita perlu melihat sejak awal apakah keperluan tenaga kerjanya dan bagaimana anak-anak Pahang boleh mengisi peluang yang tersedia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, pada majlis perasmian Karnival Kerjaya Pahang 1st di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Mohamad Nizar, nilai pelaburan di Pahang meningkat kepada RM18.04 bilion pada 2025 berbanding RM7.54 bilion pada tahun sebelumnya. Namun, kejayaan menarik pelaburan perlu turut diukur melalui pekerjaan dan kemahiran yang diperoleh rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan negeri turut berhasrat menjadikan karnival itu program tahunan supaya hubungan antara pencari kerja, institusi latihan dan pihak industri dapat diteruskan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Karnival Kerjaya Pahang 1st dianjurkan Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang dengan kerjasama PERKESO, rakan strategik dan pihak industri.-JELAIPOST<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN, 26 September \u2013 Kerajaan Negeri Pahang mahu lebih banyak syarikat antarabangsa dan multinasional yang beroperasi atau bakal melabur di negeri ini&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":660,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3,8],"tags":[75,76,39,72,79,52],"class_list":["post-659","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-setempat","tag-aspirasipahang1st","tag-majuteruspahang","tag-pahang","tag-pahang1st","tag-tokwan","tag-wanrosdy"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/659","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=659"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/659\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":661,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/659\/revisions\/661"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/660"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=659"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=659"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=659"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}