{"id":420,"date":"2026-09-08T08:53:48","date_gmt":"2026-09-08T08:53:48","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=420"},"modified":"2026-09-08T08:53:49","modified_gmt":"2026-09-08T08:53:49","slug":"72-parti-perlu-nyatakan-pendirian-akta-pendanaan-politik-disasar-sebelum-pru16","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/72-parti-perlu-nyatakan-pendirian-akta-pendanaan-politik-disasar-sebelum-pru16\/","title":{"rendered":"72 Parti Perlu Nyatakan Pendirian, Akta Pendanaan Politik Disasar Sebelum PRU16"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA LUMPUR \u2013 Semua 72 parti politik berdaftar di negara ini diminta mengemukakan pendirian rasmi secara bertulis berhubung cadangan penggubalan Akta Pendanaan Politik sebelum perkara itu dibawa ke Kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pendirian itu perlu ditandatangani oleh Presiden atau Setiausaha Agung bagi memastikan ia benar-benar mewakili keputusan parti dan bukan pandangan individu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, langkah tersebut penting kerana parti politik dan ahli politik merupakan antara pihak utama yang akan tertakluk kepada undang-undang berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya mahu tahu parti politik mana yang setuju dan tidak setuju. Kalau panggil dan tanya ahli politik, ia tidak sama dengan pendirian parti,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian selepas menghadiri Konvensyen Pendanaan Politik 2026 bertemakan \u2018Reformasi Institusi: Membina Kepercayaan, Memperkukuh Demokrasi\u2019 di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Bangunan Sulaiman, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Azalina berkata, sembilan parameter dasar sedang diperhalusi bagi memastikan mekanisme pendanaan politik yang bakal diperkenalkan lebih telus, praktikal, tegas dan adil tanpa mengekang proses demokrasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antaranya melibatkan skop pemakaian undang-undang, penubuhan badan kawal selia, sumber serta had sumbangan, larangan dana asing dan saluran penerimaan dana yang boleh dijejaki.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aspek lain termasuk pelaporan, pengauditan, pendedahan maklumat, perlindungan penderma serta penetapan kesalahan dan penalti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kajian persepsi awam dan sesi libat urus yang dilaksanakan sebelum ini menunjukkan penerimaan positif terhadap cadangan mewujudkan undang-undang khusus berkaitan pendanaan politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, beberapa isu masih perlu diperhalusi termasuk kemungkinan pelepasan cukai kepada penderma, sumbangan kepada parti lain serta mekanisme melindungi penderma yang membuat sumbangan secara sah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menegaskan bahawa dana asing perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan sumbangan politik digunakan untuk mempengaruhi keputusan atau dasar negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Azalina berkata, Akta Pendanaan Politik dijangka dapat dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 sekiranya pilihan raya diadakan selepas cukup penggal pada awal 2028.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, pelaksanaannya bergantung kepada proses penelitian lanjut serta persetujuan parti-parti politik di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konvensyen berkenaan dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR \u2013 Semua 72 parti politik berdaftar di negara ini diminta mengemukakan pendirian rasmi secara bertulis berhubung cadangan penggubalan Akta Pendanaan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":421,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[165,166,164],"class_list":["post-420","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akta-pendanaan-politik","tag-konvesyen-pendanaan-politik-2026","tag-pendanaan-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/420","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=420"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/420\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":422,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/420\/revisions\/422"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/421"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=420"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=420"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=420"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}