{"id":882,"date":"2026-10-06T05:15:47","date_gmt":"2026-10-06T05:15:47","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=882"},"modified":"2026-10-06T05:17:33","modified_gmt":"2026-10-06T05:17:33","slug":"pelajar-wanita-19-tahun-maut-teman-lelaki-direman-tujuh-hari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/pelajar-wanita-19-tahun-maut-teman-lelaki-direman-tujuh-hari\/","title":{"rendered":"Pelajar Wanita 19 Tahun Maut, Teman Lelaki Direman Tujuh Hari"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUANTAN: Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2 di sini, awal pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah berkata, polis menerima panggilan menerusi MERS 999 kira-kira jam 4.32 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan berlaku pergaduhan antara dirinya dengan teman wanitanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepasukan anggota polis kemudian dikerahkan ke lokasi dan menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah bilik sewa di aras bawah rumah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPemeriksaan awal mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring di atas katil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPemeriksaan oleh pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Ashari, seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dengan mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan dan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pasukan Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah dan Unit K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang turut menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bedah siasat terhadap mangsa dijadualkan dilakukan di Jabatan Forensik HTAA hari ini bagi menentukan punca sebenar kematian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Polis kini menjalankan siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi dan mendapatkan laporan forensik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian turut diminta tampil membantu polis.-JELAIPOST<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN: Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah di Jalan Air Putih&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":884,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-882","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/882","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=882"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/882\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":886,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/882\/revisions\/886"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/884"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=882"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=882"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=882"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}