{"id":548,"date":"2026-09-13T11:26:40","date_gmt":"2026-09-13T11:26:40","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=548"},"modified":"2026-09-13T11:27:19","modified_gmt":"2026-09-13T11:27:19","slug":"aset-s-glc-pahang-cecah-rm11-3-bilion-sumbang-rm709-juta-kepada-kerajaan-negeri-sejak-2019","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/aset-s-glc-pahang-cecah-rm11-3-bilion-sumbang-rm709-juta-kepada-kerajaan-negeri-sejak-2019\/","title":{"rendered":"Aset S-GLC Pahang Cecah RM11.3 Bilion, Sumbang RM709 Juta Kepada Kerajaan Negeri Sejak 2019"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Foto: Facebook Wan Rosdy Wan Ismail<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">GENTING HIGHLANDS: Prestasi syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC) Pahang terus menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah aset keseluruhan meningkat kepada RM11.3 bilion pada 2025, dengan hasil mencecah RM2.7 bilion dan keuntungan bersih RM525 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, S-GLC negeri turut memberikan pulangan melebihi RM153 juta kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2025.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, bagi tempoh 2019 hingga 2025, jumlah keseluruhan sumbangan S-GLC kepada Kerajaan Negeri telah mencecah RM709 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara itu dinyatakan Wan Rosdy menerusi kenyataannya selepas merasmikan Persidangan S-GLC Negeri Pahang 2026 di Genting Highlands, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persidangan bertemakan \u201cPahang 1st: Memacu Pertumbuhan, Memperkasa Masa Hadapan\u201d itu menghimpunkan lebih 300 Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, pengurusan kanan S-GLC serta Ketua Jabatan Kerajaan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wan Rosdy berkata, Pahang kini mempunyai sembilan syarikat induk S-GLC dan 48 anak syarikat yang terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, beliau menegaskan kejayaan S-GLC tidak seharusnya diukur berdasarkan angka keuntungan semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, aset dan kekuatan kewangan yang dimiliki perlu diterjemahkan kepada pelaburan, peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi serta manfaat lebih besar kepada rakyat Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mahu S-GLC negeri lebih berani meneroka peluang baharu, meningkatkan daya saing serta memainkan peranan lebih aktif dalam menarik dan merealisasikan pelaburan berkualiti ke Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Wan Rosdy, dengan kesungguhan dan kesepaduan semua pihak, S-GLC akan terus menjadi antara kekuatan utama dalam membina Pahang yang lebih makmur, berdaya saing dan sentiasa ke hadapan. -JELAIPOST<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Foto: Facebook Wan Rosdy Wan Ismail GENTING HIGHLANDS: Prestasi syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC) Pahang terus menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah aset&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":549,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[75,76,39,72,183,79,52],"class_list":["post-548","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","tag-aspirasipahang1st","tag-majuteruspahang","tag-pahang","tag-pahang1st","tag-s-glc-pahang","tag-tokwan","tag-wanrosdy"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/548","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=548"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/548\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":550,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/548\/revisions\/550"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/549"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=548"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=548"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=548"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}