{"id":459,"date":"2026-09-10T05:17:42","date_gmt":"2026-09-10T05:17:42","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=459"},"modified":"2026-09-10T05:17:43","modified_gmt":"2026-09-10T05:17:43","slug":"wan-rosdy-mahu-isu-bekalan-air-elektrik-rumah-generasi-baharu-felda-disegerakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/wan-rosdy-mahu-isu-bekalan-air-elektrik-rumah-generasi-baharu-felda-disegerakan\/","title":{"rendered":"Wan Rosdy Mahu Isu Bekalan Air, Elektrik Rumah Generasi Baharu FELDA Disegerakan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyambut baik usaha FELDA memperkemas proses permohonan bekalan elektrik dan air bagi rumah generasi baharu, khususnya Rumah Kedua 1 Lot.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, langkah berkenaan penting bagi menyelesaikan masalah yang sekian lama dihadapi sebahagian peneroka dan generasi baharu yang telah membina serta menduduki rumah, namun masih berdepan kesukaran mendapatkan bekalan utiliti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, FELDA telah mengadakan perbincangan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mencari kaedah terbaik untuk memudahkan proses kemasukan bekalan elektrik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTerbaharu, FELDA turut memberikan kuasa kepada Pengarah Wilayah untuk mengesahkan dan menandatangani surat sokongan kemasukan bekalan utiliti, tertakluk kepada syarat serta semakan yang ditetapkan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wan Rosdy berkata, perkembangan itu dijangka dapat mempercepatkan urusan rakyat dan mengurangkan kerenah birokrasi, terutama bagi permohonan yang telah memenuhi syarat serta memperoleh kelulusan sewajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut berharap kerjasama antara FELDA, Kerajaan Negeri Pahang, pihak berkuasa tempatan dan agensi utiliti terus diperkukuh supaya setiap permohonan yang layak dapat diproses secara cepat, teratur dan telus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKeperluan asas rakyat seperti bekalan elektrik dan air mesti diberikan keutamaan. Setiap permasalahan perlu diselesaikan melalui pendekatan konstruktif, mengikut peraturan dan bidang kuasa masing-masing tanpa menjejaskan kepentingan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menegaskan, Kerajaan Negeri Pahang akan terus memberikan kerjasama dan sokongan bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan peneroka dan generasi baharu FELDA sentiasa terbela.-JELAIPOST<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyambut baik usaha FELDA memperkemas proses permohonan bekalan elektrik dan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":347,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[75,179,180,76,39,72,52],"class_list":["post-459","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","tag-aspirasipahang1st","tag-felda","tag-gen-2-felda","tag-majuteruspahang","tag-pahang","tag-pahang1st","tag-wanrosdy"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/459","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=459"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/459\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":460,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/459\/revisions\/460"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/347"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=459"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=459"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=459"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}