{"id":793,"date":"2026-10-03T02:19:53","date_gmt":"2026-10-03T02:19:53","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=793"},"modified":"2026-10-03T02:20:38","modified_gmt":"2026-10-03T02:20:38","slug":"turun-padang-dengar-sendiri-suara-rakyat-wan-rosdy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/turun-padang-dengar-sendiri-suara-rakyat-wan-rosdy\/","title":{"rendered":"\u201cTurun Padang, Dengar Sendiri Suara Rakyat\u201d \u2013 Wan Rosdy"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MARAN: Pemimpin perlu sentiasa turun padang untuk melihat keadaan sebenar dan mendengar sendiri suara rakyat, kata Menteri Besar Pahang, YAB Dato\u2019 Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, maklumat yang diperoleh melalui pertemuan dengan masyarakat boleh memberikan gambaran berbeza daripada laporan yang diterima di pejabat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKadang-kadang, perkara yang kita lihat sendiri di lapangan memberi gambaran yang berbeza daripada apa yang kita baca dalam laporan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebab itu saya percaya, pemimpin perlu sentiasa turun padang. Kita tidak boleh hanya duduk di pejabat dan menunggu laporan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita mesti datang, kita mesti melihat dan kita mesti mendengar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Program Walk A Town With Tok Wan bersempena Karnival Aspirasi Pahang 1st 2026 Peringkat Daerah Maran di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Jengka, pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wan Rosdy berkata, program berjalan bersama masyarakat itu membuka ruang untuk beliau bertegur sapa, melihat aktiviti peniaga serta mendengar pandangan dan cerita penduduk setempat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, hubungan rapat antara kerajaan dengan rakyat perlu disusuli kesediaan mendengar cadangan, meneliti perkara yang perlu diperbaiki dan mencari penyelesaian terhadap masalah dalam bidang kuasa kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau rakyat ada cadangan, kita dengar. Kalau ada perkara yang perlu diperbaiki, kita teliti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau ada masalah yang berada dalam bidang kuasa kerajaan, kita cuba cari jalan penyelesaiannya. Itulah maksud sebenar kerajaan yang dekat dengan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, pendekatan sama diterapkan menerusi penganjuran Karnival Aspirasi Pahang 1st di daerah-daerah bagi membawa maklumat mengenai dasar, program dan inisiatif negeri lebih dekat kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa sama, katanya, karnival itu memberi peluang kepada Kerajaan Negeri mendengar sendiri pandangan rakyat mengenai keperluan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wan Rosdy turut berharap program berkenaan dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat Maran dan warga Jengka, selain membantu kerajaan memahami kehidupan penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKadang-kadang dalam perjalanan yang tidak terlalu jauh, kita boleh mendengar cerita yang panjang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDan daripada cerita-cerita itulah kita lebih memahami kehidupan rakyat,\u201d katanya.-JELAIPOST<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARAN: Pemimpin perlu sentiasa turun padang untuk melihat keadaan sebenar dan mendengar sendiri suara rakyat, kata Menteri Besar Pahang, YAB Dato\u2019 Sri&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":794,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[75,76,39,72,79,148,52],"class_list":["post-793","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","tag-aspirasipahang1st","tag-majuteruspahang","tag-pahang","tag-pahang1st","tag-tokwan","tag-walk-a-town-with-me","tag-wanrosdy"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/793","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=793"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/793\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":796,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/793\/revisions\/796"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/794"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=793"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=793"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=793"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}