{"id":275,"date":"2026-08-28T16:37:13","date_gmt":"2026-08-28T16:37:13","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=275"},"modified":"2026-08-28T16:37:14","modified_gmt":"2026-08-28T16:37:14","slug":"umno-buka-ruang-rundingan-hadapi-pilihan-raya-jemput-pimpinan-pas-ke-pau-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/umno-buka-ruang-rundingan-hadapi-pilihan-raya-jemput-pimpinan-pas-ke-pau-2026\/","title":{"rendered":"UMNO Buka Ruang Rundingan Hadapi Pilihan Raya, Jemput Pimpinan PAS Ke PAU 2026"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Foto: UMNO Online <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA LUMPUR: UMNO memberi mandat kepada kepimpinan negeri untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan parti-parti politik yang mahu bekerjasama bagi menghadapi pilihan raya akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketetapan itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataan media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato\u2019 Onn, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, sebarang rundingan untuk menjalin kerjasama politik mesti berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya melalui ugutan atau gertakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keputusan berkenaan dibuat selepas UMNO mengambil maklum pelbagai dapatan kajian empirikal oleh agensi dan ahli akademik yang menunjukkan rakyat, terutama orang Melayu, mengharapkan penyatuan ummah dapat direalisasikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa sama, kepentingan keindukan Melayu perlu terus menjadi teras kepada kestabilan politik negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan sama, MKT turut bersetuju memanjangkan jemputan rasmi kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jemputan itu sebagai tanda penghormatan dan membalas jemputan PAS kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan parti berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, UMNO menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang mesti sentiasa dihormati dan dijunjung, termasuk anggapan bahawa seseorang tidak bersalah selagi belum didakwa, dibicarakan serta disabitkan oleh mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut kenyataan itu, tindakan memalukan atau mengaibkan individu yang baru ditahan bagi tujuan siasatan, termasuk membentuk persepsi seolah-olah individu berkenaan telah bersalah, adalah bertentangan dengan prinsip keadilan dan anggapan tidak bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, parti itu konsisten tidak akan mempertahankan sebarang salah laku, penyelewengan atau penyimpangan oleh mana-mana pihak, termasuk ahli dan kepimpinan UMNO, yang wajib dihadapkan ke muka pengadilan menerusi proses undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sempena PAU 2026 yang berlangsung pada 9 hingga 12 September ini, tiga program utama akan diadakan sehari lebih awal pada 8 September, iaitu Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiga-tiga program itu terbuka kepada orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mesyuarat berkenaan turut menyaksikan pelantikan dan upacara angkat sumpah YAB Datuk Ismail Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai Ahli MKT UMNO.-JELAIPOST<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Foto: UMNO Online KUALA LUMPUR: UMNO memberi mandat kepada kepimpinan negeri untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan parti-parti politik yang mahu bekerjasama&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":276,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[117,15,118,12],"class_list":["post-275","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-mkt","tag-pas","tag-pau2026","tag-umno"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/275","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=275"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/275\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":278,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/275\/revisions\/278"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/276"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=275"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=275"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=275"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}