{"id":917,"date":"2026-10-06T10:15:44","date_gmt":"2026-10-06T10:15:44","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=917"},"modified":"2026-10-06T10:15:46","modified_gmt":"2026-10-06T10:15:46","slug":"berjaya-hills-boleh-bincang-tapi-mesti-ikut-undang-undang-wan-rosdy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/berjaya-hills-boleh-bincang-tapi-mesti-ikut-undang-undang-wan-rosdy\/","title":{"rendered":"Berjaya Hills: Boleh Bincang, Tapi Mesti Ikut Undang-Undang \u2013 Wan Rosdy"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">TEMERLOH, 6 Oktober \u2013 Pintu perbincangan dengan Berjaya Hills Resort Bhd tetap terbuka, namun Kerajaan Pahang menegaskan sebarang penyelesaian pertikaian tanah di Bukit Tinggi, Bentong mesti berpaksikan undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan penguatkuasaan kerajaan negeri dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memetik laporan Pahang Media, beliau menegaskan kesediaan berbincang tetap tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKerajaan Negeri terbuka untuk perbincangan, tetapi masih berasaskan dan berpaksikan kepada undang-undang. Ikut peraturan, ikut perundangan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau ditemui selepas merasmikan Dewan Terbuka Kampung Sempadan dan Kenduri Sekampung di Lanchang, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendirian itu menyusuli dakwaan Berjaya Hills bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap hartanahnya tidak munasabah dan tidak boleh diterima susulan pertikaian kenaikan cukai tanah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut laporan tersebut, cukai tanah hartanah syarikat itu meningkat kepada RM33.7 juta pada 2020 sebelum dikurangkan kepada RM25.75 juta selepas beberapa rayuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan berasingan, Wan Rosdy berkata Mesyuarat Majlis Tanah Negara pada 5 Oktober turut membincangkan usaha mempercepat proses pembangunan tanah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menegaskan penyelarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan penting bagi mengelakkan kelewatan serta memastikan pembangunan untuk rakyat dapat disegerakan.-JELAIPOST<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TEMERLOH, 6 Oktober \u2013 Pintu perbincangan dengan Berjaya Hills Resort Bhd tetap terbuka, namun Kerajaan Pahang menegaskan sebarang penyelesaian pertikaian tanah di&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":918,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[75,248,280,223,76,39,72,79,52],"class_list":["post-917","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","tag-aspirasipahang1st","tag-berjaya-hills","tag-cukai","tag-hasil-negeri-pahang","tag-majuteruspahang","tag-pahang","tag-pahang1st","tag-tokwan","tag-wanrosdy"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/917","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=917"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/917\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":919,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/917\/revisions\/919"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/918"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=917"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=917"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=917"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}