{"id":1134,"date":"2026-10-12T04:59:44","date_gmt":"2026-10-12T04:59:44","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=1134"},"modified":"2026-10-13T16:22:07","modified_gmt":"2026-10-13T16:22:07","slug":"tiga-generasi-keluarga-tun-razak-sandang-gelaran-orang-kaya-shahbandar-pahang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/tiga-generasi-keluarga-tun-razak-sandang-gelaran-orang-kaya-shahbandar-pahang\/","title":{"rendered":"Tiga Generasi Keluarga Tun Razak Sandang Gelaran Orang Kaya Shahbandar Pahang"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUANTAN, 12 Oktober<\/strong> \u2013 Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, pernah menyandang gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang yang ke-10 sebelum menerajui pentadbiran negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara itu dikongsikan menerusi Facebook rasmi Kesultanan Pahang hari ini yang memetik titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam kolum <em>Bisikan Puteri<\/em> terbitan Utusan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menerusi rencana bertajuk <em>Syahbandar yang Menjadi Perdana Menteri<\/em>, baginda menyingkap sejarah perjalanan hidup Tun Abdul Razak yang bermula dalam tradisi kepimpinan negeri Pahang sehingga muncul sebagai tokoh penting dalam sejarah pentadbiran negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTun Abdul Razak sendiri ialah Orang Kaya Indera Shahbandar yang kesepuluh. Shahbandar itu telah menjadi Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKesedaran itu amat menyentuh hati saya. Seorang anak Pahang telah membawa didikan, pengalaman dan kefahamannya tentang tanggungjawab untuk berkhidmat kepada seluruh negara,\u201d titah baginda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menariknya, gelaran berkenaan turut disandang oleh dua generasi berikutnya dalam keluarga Tun Abdul Razak apabila anaknya, Datuk Seri Najib Razak menjadi Orang Kaya Indera Shahbandar ke-11, manakala cucunya, Datuk Mohamad Nizar Najib merupakan penyandang ke-12.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Najib yang juga bekas Perdana Menteri keenam Malaysia meneruskan legasi kepimpinan bapanya di peringkat nasional, sementara <a href=\"https:\/\/jelaipost.my\/nizar-mahu-buktikan-pemimpin-muda-mampu-galas-tanggungjawab\/\">Mohamad Nizar<\/a> kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya dan EXCO Kerajaan Negeri Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Tunku Azizah, gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar merupakan salah satu jawatan dalam institusi Orang Besar Berempat Pahang yang berperanan membantu Sultan dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baginda menjelaskan, gelaran berkenaan tidak diwarisi secara automatik daripada bapa kepada anak, sebaliknya pelantikan dibuat oleh Sultan Pahang berdasarkan pertimbangan terhadap amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengimbau perjalanan kerjaya Tun Abdul Razak, baginda turut menyentuh pengalaman Allahyarham sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada 1952 sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 1955.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengalaman dalam pentadbiran negeri itu menjadi antara asas penting yang membentuk kepimpinan Tun Abdul Razak sebelum beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tunku Azizah turut menekankan kepentingan pendidikan, pengalaman dan bimbingan dalam melahirkan pemimpin yang memahami selok-belok pentadbiran serta tanggungjawab terhadap rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah Tun Abdul Razak itu sekali gus memperlihatkan hubungan erat antara institusi pembesar tradisional Pahang dengan perkembangan kepimpinan negara, termasuk kesinambungan gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar dalam tiga generasi keluarganya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN, 12 Oktober \u2013 Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, pernah menyandang gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1135,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[136,192,345,343,344],"class_list":["post-1134","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","tag-kesultanan-pahang","tag-najib-razak","tag-orang-kaya-indera-shahbandar-pahang","tag-tun-abdul-razak-hussein","tag-tunku-azizah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1134","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1134"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1134\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1185,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1134\/revisions\/1185"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1135"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1134"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1134"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1134"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}