{"id":732,"date":"2026-09-30T07:16:18","date_gmt":"2026-09-30T07:16:18","guid":{"rendered":"https:\/\/jelaipost.my\/?p=732"},"modified":"2026-09-30T07:16:20","modified_gmt":"2026-09-30T07:16:20","slug":"pahang-peruntuk-rm235-95-juta-perkasa-syiar-islam-wan-rosdy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jelaipost.my\/pahang-peruntuk-rm235-95-juta-perkasa-syiar-islam-wan-rosdy\/","title":{"rendered":"Pahang Peruntuk RM235.95 Juta Perkasa Syiar Islam &#8211; Wan Rosdy"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA LUMPUR: Kerajaan Pahang memperuntukkan RM235.95 juta bagi hal ehwal Islam tahun ini, meningkat RM33.53 juta berbanding 2025, bagi memperkukuh pendidikan agama dan kemudahan umat Islam di negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan tersebut merangkumi RM116.58 juta bagi dana operasi sekolah agama serta bantuan RM10,000 kepada setiap masjid di negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pembangunan pendidikan agama turut menunjukkan perkembangan apabila jumlah tadika tahfiz meningkat daripada hanya sebuah pada 2018 kepada 51 buah ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, usaha itu bertujuan menyediakan pendidikan agama yang lebih tersusun dan sistematik kepada anak-anak sejak peringkat awal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSekarang ini ada 51 tadika tahfiz di Pahang yang sangat tersusun, silibusnya bagus dan modulnya pun telah diambil oleh Kemas untuk dijadikan modul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSetakat hari ini bila sudah ada tadika tahfiz ini, 51 buah, sambutannya sangat baik. Ramai ibu bapa telah menghantar anak mereka ke tadika tahfiz ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian dalam Wacana Eksklusif bersama <em>Sinar Harian<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wan Rosdy berkata, pendidikan berteraskan al-Quran perlu diberi perhatian bagi membentuk generasi yang bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik, malah mampu menguasai al-Quran dan mengaplikasikan ilmu agama dalam bidang profesional.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pendedahan kepada pendidikan agama sejak kecil dapat membantu anak-anak mencapai kejayaan yang lebih baik apabila dewasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita nak lahirkan satu hari nanti Perdana Menteri yang mungkin hafaz al-Quran, akauntan yang hafaz al-Quran,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, hasrat sama boleh diterapkan dalam bidang profesional lain, termasuk melahirkan doktor dan peguam yang mempunyai kemampuan menghafaz al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pembangunan kemudahan agama pula, Wan Rosdy memaklumkan sebanyak 44 masjid telah dibina sepanjang beliau menerajui pentadbiran Pahang, membabitkan kos hampir RM150 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menegaskan bahawa usaha memperkukuh syiar Islam dilaksanakan tanpa meminggirkan masyarakat bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas persepsi bahawa pentadbiran Pahang bersifat sekular dan tidak Islamik, beliau berkata, rakyat boleh menilai komitmen kerajaan negeri melalui angka serta pelaksanaan yang telah dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau cakap kosong, orang tidak percaya. Jadi kita bercakap dengan angka,\u201d katanya.-JELAIPOST<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan Pahang memperuntukkan RM235.95 juta bagi hal ehwal Islam tahun ini, meningkat RM33.53 juta berbanding 2025, bagi memperkukuh pendidikan agama&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":733,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[75,231,76,39,72,230,79,52],"class_list":["post-732","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","tag-aspirasipahang1st","tag-mahaad-tahfiz-pahang","tag-majuteruspahang","tag-pahang","tag-pahang1st","tag-syiar-islam","tag-tokwan","tag-wanrosdy"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/732","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=732"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/732\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":734,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/732\/revisions\/734"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/733"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=732"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=732"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jelaipost.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=732"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}